Search This Blog

Friday, 4 September 2015

JANGAN TERPEDAYA

Pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia ,khususnya di negara kita Malaysia dalam tempuh terdekat menambah lagi keyaqinan saya terhadap kebenaran ayat Quran saperti berikut.Bagi diri saya dan rakan sewaktu dengan saya(60an),tidak lama lagi tirai pentas akan di labuhkan.Bersegeralah kita memperbaiki dan menambah bekalan kita untuk satu kehidupan akhirat yang kekal abadi.InsyaAllah.
[57:20] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

No comments:

Post a Comment