Search This Blog

Friday, 10 July 2015

Juadah berbuka puasa

Sepanjang Bulan Ramadan tahun 1436,saya tidak pernah membeli apa2 dari Bazaar Ramadan.Hanya sekali saya ke Bazaar Ramadan di Putrajaya untuk mengambil gambar,tetapi saya berbuka dengan orang ramai di Masjid Sultan Mizan.Semasa muda2 dulu saya sentiasa ke Bazaar Ramadan untuk membeli pelbagai lauk pauk dan kueh mueh untuk menjamu nafsu makan-maklumlah orang muda,badan sihat dan ada duit.Alhamdulilah,saya mula sedar akan bahaya kepada kesihatan saya dan saya mula jaga permakanan saya sejak berumur 50 tahun.Dengan izin Allah ,saya diberi kesihatan yang baik sehingga hari ini.Disamping menjaga makanan,saya juga beriadah dengan berjalan kaki dan berbasikal sejak tahun 2008.Aktiviti bersukan ini membantu saya untuk berhenti merokok sejak 2010.Alhamdulilah.

Masakan saya suka ialah masakan yang di masak olih ibu saya dan isteri saya.Petang tadi isteri saya sudah hilang idea untuk memasak dan mengajak saya pergi beli lauk di restoran.Saya pun pergi bersama jalan2 cari makanan.Semasa berbuka tadi,saya beritahu isteri saya supaya masaklah apa yang ada dirumah.Dahlah mahal,makanan yang di beli di restoran, tetapi rasanya tak sedap lansung. Cukuplah untuk bulan Ramadan tahun ini.



I came from the Old School where men are bread winners and women are full time house- wives.I was pampered for the last 37 years since I got married in 1977.We have pre-determined roles and responsibilities.And when it comes to food,the best is at home with the family.Thank God,my wife is a good cook.My stomach size is a living testimony to her culinary skills.

I just wonder how working couples with kids have to endure many eating outside because the wives are too tired to cook?


No comments:

Post a Comment